EH? Nak
beli kereta dah? Nanti dulu!! Betul ke nak beli ni? Cukup ke kemampuan tu?
Okla.. ade yang kata cukup nak bayar bulan-bulan kan? Tapi betul ke cukup nak
bayar yang tahunannye?
Kereta anda pun ada Hari Jadi jugak! Happy
Birthday!! Tidak! bukan itu yang anda patut ucapkan, tapi ucapkan selamat
tinggal kepada duit dalam bank anda! Kenapa tu?
Setiap tahun bila tiba hari jadi kereta anda,
iaitu tarikh ianya didaftarkan, anda perlu memperbaharui Insuran dan cukai
jalan kereta anda. Anda fikir murah?
Setiap kereta mempunyai nilai insurannya, Jika
anda membeli kereta anda RM40,000 tahun ini, nilai insurannya mungkin berharga
RM37,000, dan pada tahun hadapan, ia mungkin menjadi RM35,000. Jumlah yang anda
perlu bayar untuk nilai insuran RM35,000 adalah RM1,121 tanpa sebarang
penambahan polisi. Berikut adalah jumlah kasar harga insuran yang anda perlu
bayar mengikut harga kenderaan diinsurankan. Jumlah mungkin berbeza mengikut
kapasiti enjin kenderaan anda:
Nilai diinsurankan
Harga insuran
RM40,000
RM1,251
RM50,000
RM1,500
RM60,000
RM1,700
RM70,000
RM2,087
Nilai insuran akan berubah setiap tahun
mengikut harga pasaran kereta anda pada tahun berkenaan.
NCD atau No Claim Discount
Mahal tak insuran tu? Mahal kan? Ni insuran
tau, bukan road tax atau cukai jalan! jangan korang salahkan kerajaan pulak bab
ni! ni memang polisi insurans seluruh dunia.
Tapi jangan takut, kalau anda pemandu yang
cermat dan mampu manjauhkan kemalangan dari kenderaan anda atau anda bernasib
baik atau anda tidak mengharapkan pihak insuran menyelesaikan masalah
kemalangan anda, anda akan dihadiahkan NCD atau No Claim Discount setiap tahun
sehingga tahun ke 5 apabila NCD anda mencecah 55%, ia akan berhenti setakat
itu!
Bagaimana NCD berfungsi? Jika anda tidak pernah
menuntut sebarang ganti rugi dengan pihak insuran anda, anda akan dihadiahkan
diskaun seperti berikut:
25% diskaun untuk tahun pertama
30% diskaun untuk tahun kedua
38.33% diskaun untuk tahun ketiga
45% diskaun untuk tahun keempat
55% diskaun untuk tahun kelima
dan tiada kenaikan diskaun untuk tahun keenam
dan seterusnya.. cukupla dah diskaun separuh harga tu!
Jadi bagaimana ia berfungsi?
Misalnya jika anda pernah gunakan kereta anda
selama setahun tandap sebarang tuntutan insuran:
Kes 1
Nilai insuran kereta anda tahun berkenaan:
RM40,000
Nilai NCD yang anda terima: 25%
Jumlah yang perlu anda bayar: RM938
Kes 2
Nilai insuran kereta anda pada tahun berkenaan:
RM40,000
Nilai NCD yang anda terima: 55%
Jumlah yang perlu anda bayar: RM368
Dan jangan lupa, setiap tahun nilai insuran
kereta anda akan menurun, dah jumlah yang perlu dibayar jauh lebih rendah dari
tahun sebelumnya kerana NCD dan harga pasaran kenderaan anda.
Penambahan Insuran Cermin hadapan
Atau Windscreen... anda cuma perlu menambahkan
15% dari jumlah insuran anda setahun!
Lain-lain penambahan sila rujuk wakil insuran
anda!
NCD boleh dipindahkan kepada kereta baru anda
atau insuran baru dengan syarat kereta baru dan lama mestilah keduanya atas
nama anda! Jadi jika anda pemandu yang mempunya NCD, tak perlulah risaukan
insuran kereta baru anda.
Setelah melakukan sedikit kajian dan
pemerhatian di perbincangan forum-forum internet, di dapati kebanyakan pengguna
mengesyorkan menggunakan insurans kenderaan berasaskan ‘Takaful‘ seperti Takaful
Ikhlas dan Takaful Malaysia ataupun mana-mana penyedia insurans
yang mempunyai nama ‘Takaful‘. Ini kerana insurans yang bersifatkan takaful
adalah lebih menepati syariat Islam dan bebas daripada unsur riba. Malahan
harga bayaran insurans kenderaan sama sahaja di antara kesemua Penyedia Khidmat
Insurans. Jadi adalah lebih baik mengambil insurans yang terbaik di antara yang
terbaikkan.
Contoh under-insured yang senang difahami ;
1. sebuah kereta bernilai RM100,000. sum
insured cuma RM70,000 - atau 7/10 @ 70%.
- bila berlaku kemalangan dan katakan kos
pembaikan RM10,000, maka insurans akan bayar cuma 7/10 atau RM7,000. ini kerana
premium dibayar cuma 7/10 saja.
2. sebuah kereta bernilai RM100,000. sum
insured RM80,000. - atau 8/10 @ 80%.
- kereta terbakar hangus dan total loss. oleh
kerana sum insured cuma 80%, maka insurans cuma membayar 80% saja atau
RM80,000.
Untuk no 1 saya bagi kan fomula nya sekira
berlaku under insured dan average clause diguna pakai untuk pengiraan tuntutan
insuran.....
kos pembaikan x nilai insuran / nilai pasaran =
bayaran yg akan dijelaskan oleh sykt insuran. Perbezaan nya di tanggung oleh
pemilik kenderaan.
(cost of repair x insured value/ market value =
amount borne by insurance company. The different from own pocket)
10000 x 70000 / 100000 = 7000. 3000 dari poket
pemilik
Tetapi fomula ini tidak diguna pakai untuk
tuntutan total loss atau kecurian. dalam kes in jumlah pampasan ialah nilai
insuran atau nilai pasaran mana satu yang paling rendah..... lebih kurang macam
tu lah.... nak cerita panjang sgt kena buka kelas..... off and on saya akan
cuba mencelah.
(a) Cara ingin tahu nilai premium insurans
kereta anda ;
- Kalkulator premium kenderaan peribadi kami
membolehkan anda mengira jumlah premium insurans yang akan dibayar oleh anda
bila anda mengambil insurans bagi kenderaan anda. Premium ini berubah
bergantung kepda perincian polisi seperti jenis perlindungan, kapasiti enjin,
diskaun tiada tuntutan dan manfaat tambahan.
Sila klik link di bawah ;
(b) Cara untuk tahu nilai Insurans kereta anda apabila memperbaharui insurans (Secondhand) ;
- Kalkulator Memperbaharui Insurans
Sila klik link di bawah ;
(c) Untuk tahu harga pasaran kenderaan anda
boleh mencuba di ;
Sila klik link di bawah ;
-Masukkan data maklumat kenderaan yang
dikehendaki.
(d) 5 perkara yang perlu anda tahu mengenai insurans dan cukai jalan(roadtax)
Masa- Pasti ramai di antara anda akan
memperbaharui cukai jalan pada saat akhir. Mungkin paling awal pada minggu yang
terakhir. Mungkin ada juga yang memperbaharui cukai jalan selepas tamat tempoh.
Sebenarnya, cukai jalan boleh diperbaharui 60 hari sebelum tarikhnya tamat. Ini
akan memudahkan lagi anda untuk merancang masa yang sesuai untuk pergi
memperbaharuinya tanpa mengganggu kerja harian. Anda boleh merujuk geran kereta
sekiranya anda berasa tidak yakin.
Urusan- Pada kebiasaannya, anda akan
menyerahkan 100% kepada ejen takaful/insurans untuk menyelesaikan segala urusan
sehingga memperoleh roadtax. Anda dinasihatkan untuk menyemak maklumat
perlindungan takaful/insurans yang anda ambil supaya tidak diperguna. Selaku
pengguna, anda berhak untuk mendapatkan segala maklumat berkenaan perkhidmatan
yang anda bayar, seperti jenis perlindungan, sum-insured (jumlah perlindungan),
NCD (non-claim discount) dan yang paling penting premium perlindungan
takaful/insurans kenderaan.
Jumlah perlindungan- Jumlah perlindungan
takaful/insurans adalah hak anda untuk tentukan, bukan ejen. Anda dinasihatkan
untuk memilih jumlah yang bersesuaian dengan harga semasa kenderaan. Cara
paling selamat untuk mengetahui harga semasa kenderaan adalah dengan
menghubungi pihak bank. Ini kerana pihak bank akan mengemas kini harga kereta
setiap 3 bulan sekali. Cara seterusnya adalah mendapatkan maklumat daripada
kedai kereta terpakai. Mereka mempunyai perkiraan harga kereta tersendiri. Dan
cara termudah untuk mengetahui harga semasa ialah dengan mencari harga purata
sesebuah kenderaan.
Below/Over insured- Tidak guna untuk meletakkan
jumlah perlindungan yang tinggi kerana sekiranya berlaku claim, anda hanya
boleh membuat tuntutan mengikut harga semasa(over insured). Sebaliknya,
sekiranya anda meletakkan harga perlindungan kereta anda di bawah harga semasa,
apabila berlaku tuntutan, syarikat hanya akan meluluskan sehingga jumlah yang
anda insuranskan(below insured). Tetapi sesetengah syarikat masih boleh
mengambil kira sekiranya perbezaan jumlah perlindungan dengan harga semasa
tidak terlalu jauh sekitar 5%-10%. Amat penting untuk anda mengetahui harga
semasa kenderaan anda.
Faedah- Anda juga perlu mengetahui mengenai
faedah yang anda dapat sekiranya mengambil insurans daripada mana-mana
syarikat. Ini adalah untuk mengelakkan anda daripada ditipu. Bandingkan faedah-faedah
yang diberikan oleh beberapa buah syarikat kemudian buatlah keputusan yang anda
rasakan paling sesuai. Antara contoh faedah adalah sepeti diskaun atau bonus
apabila tidak berlaku kemalangan pada satu tahun tempoh perlindungan dan